Mabuklah orang dalam perahu, Ombak besar setinggi rumah; Mabuklah abang duduk merindu, Adik kudengar pergi menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa gunanya pasir sebumbun, Kalau tidak setinggi duduk; Apa guna kasih setahun, Kalaulah tidak seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang kelapa di tepi ladang, Rumputnya naik setinggi padi; Abang menyapa berhati bimbang, Takutkan adik tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun malu mencari rebung, Tidak berbekal ditebang juga; Walaupun ilmu setinggi gunung, Tidak beramal terbuang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Hendak cepat pakai kereta, Jangan pergi berkawan-kawan; Harap dapat kontrak berjuta, Angan dipasang setinggi awan. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Pokok pauh di tanah seberang, Benih berasal dari kampung; Dari jauh kami nan datang, Besar harapan setinggi gunung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |