Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setitik

Puisi
 

Seri Andalas sekota embun,
     Dari Gersik ke Surabaya;
Kasih ibarat setitik embun,
     Hilang kabus nampak dia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Umpama minyak setitik,
     di laut sekalipun timbul jua.

Bermaksud :

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)

413

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Sekepal segunung, setitik menjadi laut.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini sekepal segunung, setitik menjadi laut .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Seri Andalas sekota embun, Dari Gersik ke Surabaya; Kasih ibarat setitik embun, Hilang kabus nampak dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Wahab suka berkebun, Tebang nanas di tepi paya; Jangan diharap setitik embun, Kena panas keringlah ia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas