Semut meniti laju, Berbondong meniti damak; Jikalah tuan setuju, Sejuk perut emak. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bila dah naik orang berburu, Tentulah cepat binatang hilang; Apabila adik memang setuju, Tentulah cepat abang meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana dipetik tiada layu, Kerana kumbang tak mahu jauh; Bagaimana adik berkata setuju, Kerana abang tidak bersungguh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tenanglah belayar ke Kuala Kudu, Pukul angin melintang haluan; Kalau dapat kasih setuju, Umpama paku lekat di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Acheh pulang ke Kubu, Bunyi loceng pukul lapan; Jumpa kasih sama setuju, Bagai paku lekat di papan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |