Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata si if

Puisi
 

Si patan burung si patan,
     Si patan mari di dalam peti;
Dibuka surat dalam lipatan,
     Surat adinda bersusah hati.


Lihat selanjutnya...(258)
Peribahasa

Belum tentu si upik si buyungnya.

Bermaksud :

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).

 

Lihat selanjutnya...(60)

16

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema ," jawab A

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Si patan burung si patan, Si patan mari di dalam peti; Dibuka surat dalam lipatan, Surat adinda bersusah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan si pucuk nanas, Si pucuk rotan saya carikan; Jangankan kijang bertanduk emas, Bertanduk intan saya carikan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Laju ajung terkikis-kikis, Si ambang-ambang si bunga kayu; Nombor satu mister Inggeris, Nombor dua cikgu Melayu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ayonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Yang kecil si rama-rama, Yang besar si ular-ular; Yang kecil disebut nama, Yang besar disebut gelar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pandai tembak si anak Deli, Dapat seekor si burung pega; Orang menjual kita membeli, Berapa harga jangan dikira.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa direnung si kayu tinggi, Empat dara si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas