Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Mati tanduk si kambing jati,
     Mati terselit di celah pandan;
Baru sekarang berjumpa di hati,
     Seperti berjumpa muka dan badan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dikatakan mati emak,
     tak dikatakan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Lama sudah kami mencari, Baru ini masa mendapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Meminta mati dalam pangkuan, Meminta siram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas