Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia] | سيا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus mar­ginatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia] | سيا

Definisi : ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tak boleh mengkuang kutetak, Sia-sia mudik ke hulu; Kalau tak boleh muda kuhendak, Sia-sia memujuk guru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika dayung tidak kuat, Sia-sia dibawa belayar; Jika kampung tidak beradat, Ke mana-mana nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu sampai ke lahad, Supaya hidup tak sia-sia; Terpuji Melayu memakai nasihat, Negara tertutup syurga terbuka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat taat setia, Dipercaya orang hulu dan hilir; Membuang adat hidup sia-sia, Bahaya datang gilir-bergilir.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dayang berkayuh ke Sungai Lampai, Rasaku kepenatan ke jari-jari; Jika niat tidak sampai, Sia-sia sahaja datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun selasih menimba ruang, Anak sia mati ditambat; Sudah berkasih ditinggal buang, Di dalam hatiku bertambat rimbat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Riang-riang di Gunung Ledang, Hendaklah makan si umbut padi; Sialah-sia mata memandang, Belum dapat main tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas