Beruk siamang mencari kutu, Duduk bertengger di atas dahan; Adikku kenang menjadi pilu, Elok belayar membawa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Induk siamang jatuh ke kali, Berlumba-lumba yu menyerang; Kutengok abang bersungguh hati, Makanya hamba mahu dipinang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak sindorai siamang, Digatuk pinang Pasir Lumut; Adik jangan tergamang, Hamba biasa susah hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Susahlah hati anak siamang, Sakit dada makan tak sedap; Susahlah hati hendak meminang, Duit tak ada badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Patahlah kaki induk siamang, Usai menangis tidur jadinya; Patahlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bininya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lemahlah kaki anak siamang, Luka parah ditusuk ranting; Lemahlah sendi menengok tunang, Mata merah misai melenting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lemahlah kaki anak siamang, Lutut sakit makan tak mau; Lemahlah sendi menengok tunang, Perut buncit badan berbulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah mahu dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Satu dua tiga empat, Siamang rabun katak melompat; Bubu dipasang merata tempat, Air banyak susah nak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sejak betik mulai masak, Banyak siamang mahu mendekat; Sejak adik memakai celak, Banyaklah orang mahu memikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |