Siang malam memotong kayu, Naik ke rumah badan pun letih; Abang dendam menanggung rindu, Adik gelisah menahan sedih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang menjala, Tidak ingat hujan dan panas; Mengenang puan bagaikan gila, Kukirim surat tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang menari, Sampai remuk rasanya badan; Kukenang puan dalam mimpi, Bagai pungguk merindu bulan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Siang malam orang berjoget, Lupa makan tak ingat tidur; Mengenang orang hatiku sakit, Hamba datang tidak ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang bermain gasing, Siapa menang beradu pandai; Baru datang kain tersingsing, Disapa orang lalu terburai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang banyak merokok, Kerana banyak menerima tamu; Mahu meminang ketiak busuk, Bila ditolak tentulah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu siang tegak menuai, Hendak duduk lutut terkilir; Mau pulang awaklah cerai, Hendak rujuk takut disindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |