Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifatnya

Peribahasa

Nampak kulitnya tahulah isinya.

Bermaksud :

Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Yang panglima ada sifatnya, Ke mana berjalan membawa sekin; Yang bercinta ada syaratnya, Mahu berkorban zahir dan batin.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu pantang berkasar, Berlaku kasar sifatnya iblis; Jahatlah laku orang pengingkar, Berlaku ingkar adat terkikis.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Lain pompat lain sukatnya, Lain sukat berbeza berat; Lain adat lain sifatnya, Lain sifat berbeza niat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang semena-mena; Tanda umat berbudi akhlak, Sifatnya pandang mengada-ada.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Naik bukan sebarang naik, Naik kapal dapat belayar; Baik bukan sebarang baik, Baik akal sifatnya benar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat resam kata orang, Ada letak dengan tempatnya; Adat faham lembaga terang, Setara tegak dengan sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dengan kiatnya; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang dengan sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa tandanya si batang tebu, Batang tebu halus uratnya; Apa tandanya orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas