Simpan piting dengan cawan, Daun nipah tudung sarang; Sudah nasib diriku tuan, Duduk seorang selalu terkenang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Simpan sepatu jangan dibalut, Simpan sahaja di dalam peti; Bertanam tebu di bibir mulut, Bertanam halia di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Banyak rahsia simpan sahaja, Ada kera adalah beruk; Bunga Rafflesia bunga raja, Namanya gah baunya busuk. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau ada jarum patah, Jangan simpan dalam peti; Kalau ada silap salah, Jangan simpan dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika ada kain kapan, Simpan dengan sehelai tikar; Jika ada rasa keinsafan, Insan kerdil ambillah ikhtibar. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Cuka-cuka beli di bandar, Simpan makan dalam perahu; Suka-suka mahu belajar, Tidak belajar mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan pergi ke darat, Jalan mari hujung tanjung; Simpan ringgit nanti berkarat, Bawa berniaga cari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti,senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Laris sungguh jualan peladang, Pisang masak dimakan budak; Ada keris simpan di dulang, Ditangas tidak dikemenyan pun tidak. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |