Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam denak hujung tualang, Hutan batu simpul pulih; Hak jinak jadi jalang, Guna tipu hendak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |