Sayang Nek Siti zaman Nek Siti, Nek Siti berjalan terhayun-hayun; Abang berbudi saya berbudi, Kerana budi terasa kasihan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri China; Malam sudah berpandang mata, Jika tak hampir menjadi gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Siti Zubaidah menjadi raja, Menjadi raja negeri Yunan; Apakah sudah berpandang mata, Kalau tak dapat menjadi ponan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Secantik Siti Nurhaliza, Seayu Misa Omar; Hidup tidak berbeza, Dunia tetap berputar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cik Siti orang di pekan, Pecah periuk memasak susu; Sayang sungguh burung di hutan, Sayang denak tiada mengaku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang Siti anak tuk bandar, Mengail todak umpannya sagu; Kalau benci katakan benar, Jangan ditolak dengan berlagu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |