Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[so.lat] | صلاة

Definisi : sembahyang (dlm agama Islam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[so.lat] | صلاة

Definisi : sembahyang (dlm agama Islam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
solat
Bersinonim dengan sembahyang, ibadah, doa, permohonan.,


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah solat di bulan Ramadan, Bulan puasa umat Islam; Banyaklah sahabat menjadi teladan, Teladan utama sahabat Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat.Pantun Melayu SarawakKiasan
Azan subuh menyeru solat, Orang berduyun pergi ke surau; Badanku lumpuh menunggu surat, Abang bertahun pergi merantau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu subuh orang terjaga, Sudah solat pergi berburu; Malu sungguh abang ke sana, Kukirim surat ganti tubuhku.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Azan bukan sebarang azan, Azan menyeru orang solat; Pesan bukan sebarang pesan, Pesan rindu kukarang surat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas