Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[song.két] | سوڠکيت

Definisi : (songkét) = kain ~ kain tenun yg bersulam dgn benang emas atau benang perak: ibu membelikan ayah ~ berwarna biru; bersongket 1. bersulam dgn benang emas atau benang perak: kain ~; 2. memakai songket: kedua-dua mempelai itu ~ hijau yg ditempah khas di Terengganu; menyongket menyulam dgn benang emas (perak): wanita itu mewarisi kehandalan menenun, menyulam, ~, menekat dan me­ngarang manik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[song.két] | سوڠکيت

Definisi : /songkét/, = kain ~ kain yg bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. bersongket 1 bersulam dgn benang emas atau dgn benang perak. 2 memakai songket. menyongket membuat songket dgn menyulam tenunan benang biasa dgn benang emas atau dgn benang perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata songket

Puisi
 

Kain songket berkodi-kodi,
     Tersusun indah di atas peti;
Biarpun sedikit bernama budi,
     Guna menempah jasa bakti.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

PantunSumberTema
Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain songket berkodi-kodi, Tersusun indah di atas peti; Biarpun sedikit bernama budi, Guna menempah jasa bakti.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Membeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Naik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru; Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Beli kuda baik dipacu, Raja berangkat dari hulu; Pada songket baik belacu, Harga murah ganti selalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Betul bodoh orang di dapur, Keris pesaka potongkan sayur; Sungguh songket bunga bertabur, Kerap tercampak di balik dapur.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baik-baik jaga kemudi, Kita tahu pergi kuala; Selama banyak kain berkodi, Songket di gedung jarang jumpa.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas