Sri Aman ke Kuala Baram, Singgah sebentar di Pekan Marudi; Hidup aman lagi tenteram, Jika hidup berbahasa berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |