Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.bur] | سوبور

Definisi : 1. tumbuh dgn baik (tumbuh-tumbuhan), lekas besar dan sihat: anak getahnya ~ macam anak getah estet; 2. sihat dan berisi (badan): anak itu kurang ~ kerana tidak mendapat susu yg cukup; 3. banyak mengan­dungi zat utk tumbuhan-tumbuhan (tanah), gemuk: pertanian menghendaki bukan sahaja tanah yg ~ tetapi juga iklim yg sesuai; 4. berkembang dgn baik, bertambah maju dan besar (luas dsb), berkembang biak: agama Islam pun berkembanglah dgn ~nya di negeri-negeri tersebut; 5. bp mudah men­dapat rezeki, murah rezeki, senang hidup; 6. berupaya menjalani persenyawaan (antara benih lelaki dgn benih perempuan): puan boleh tentukan waktu ~ dgn menggunakan carta khas; menyubur tumbuh dgn subur; menyuburkan 1. menjadikan subur (tanah, tumbuh-tumbuhan, dll): di bahagian barat Tanah Melayu, tanah lateritnya disuburkan semula utk penanaman getah; pupuk itu ~ tanaman; 2. memajukan (perniagaan dll), membesarkan, memperkembangkan: guru berpeluang menolong ~ sifat pemimpin pd setengah-setengah murid; mempersubur menjadikan lebih subur; kesuburan 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; ketidaksuburan keadaan tidak subur; penyuburan perihal (perbuatan dsb) menyu­burkan, pemupukan: ~ akal; penyubur sesuatu yg menyuburkan: mereka mendekatkan diri pd kebenaran sbg ~ iman utk menjamin kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.bur] | سوبور

Definisi : 1 dpt tumbuh dgn baik (bkn tumbuh-tumbuhan); lekas besar: Po­kok bunganya ~-~ belaka. 2 sihat serta segar badannya; bertubuh: Berilah anak-anak kita makanan yg berzat supaya badan mereka ~. 3 banyak berisi zat utk tumbuh-tumbuhan (bkn tanah): Tanah di lereng-lereng gunung berapi biasanya ~. 4 dpt berkembang dgn baik; bertambah maju (besar, kuat dll). menyuburkan membuat supaya (tanah dsb) menjadi subur. kesuburan keadaan subur. penyuburan perihal atau proses menyuburkan. penyubur sesuatu yg menyuburkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
subur (adjektif)
1. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan membesar, menjadi, segar,

2. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, berisi, gempal,

3. Dalam konteks berkembang pesat
bersinonim dengan maju, berkembang, biak, umbur,

Kata Terbitan : menyuburkan, penyuburan,

Puisi
 

Pokok melati sedang naik,
     Daunnya hilang subur dan sihat;
Biar mati nama yang baik,
     Jangan mati nama yang jahat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SarawakKasih
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa lalang menjadi subur, Kerana dah lama orang tak lalu; Mengapa orang menjadi takbur, Kerana dadanya kurang berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walaupun pinang tak mahu subur, Jangan pula hendak ditebang; Walaupun orang tak mahu menegur, Janganlah pula awang meradang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bakut ditanam dengan selasih, Tumbuh subur kayu jati, Sanggup kutelan hempedu kasih, Asal tercapai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Elok menebang batang enau, Enau subur lampai berbatang; Elok memandang orang berpanau, Panau bertabur bagaikan bintang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya.Pantun Melayu SarawakAgama
Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang sawah, Bila tak subur teruklah tulang; Bukan mudah memegang sumpah, Bila tak jujur dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buluh perindu di lereng bukit, Tumbuh subur di dalam semak; Hati merindu jadi penyakit, Mata tak tidur badanku rosak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas