Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Anak bulan tiada pohon,
     Anak kubis tepi sempadan;
Habis bulan berganti tahun,
     Sudah habis nyawa di badan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Telah penuh sebagai bersukat.

Bermaksud :

Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Buah kandis di tepi pagar, Bila dipetik dimakan ulat; Sudah habis kami bersabar, Menunggu adik membalas surat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak bulan tiada pohon, Anak kubis tepi sempadan; Habis bulan berganti tahun, Sudah habis nyawa di badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Manggis sudah ditebuk tupai, Gugur tidak masih di dahan; Habis sudah harta digadai, Tumpang tidur ditepi jalan.Pantun Melayu SarawakNasib
Kain selendang dasarnya putih, Habis dijemur direndam basah; Adik jangan diajar kasih, Habis umur dendam tak sudah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah mentimun di tepi tasik, Habis busuk dimakan belalang; Sudah bertahun kunanti adik, Hatiku remuk bukan kepalang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang di sawah, Sedari pagi hujan berderai; Sudah cukup abang mengalah, Habis kasih badan bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas