| Apa dirisau abang diikat, Oleh membeli jeragan keli; Sudah hati adik terpikat, Jahat abang tidak peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Putus tali di atas papan, Mari terletak di atas tangan; Sudah hati kumbang berlapan, Mengenang bunga di dalam tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila kaki sudah pincang, Turun naik pastilah teruk; Apabila hati sudah bercabang, Kerja yang baik menjadi buruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Walaupun taji sudah dipasang, Kerana goyang dicabut lagi; Walaupun hati sudah meradang, Kerana berhutang mulut terkunci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kalau tali sudah diikat, Sebaiknya pula disimpul mati; Kalau hati sudah terpikat, Baik buruknya semua dinanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tanam keladi di tengah ladang, Supaya lalang tidak menjadi; Di dalam hati sudah kutunang, Adinda seorang tambatan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila mencari buah nangka, Tentu ingat getahnya lekat; Apabila hati sudah terluka, Perlu diingat betahnya lambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |