Pantun

PantunSumberTema
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Perahu Cina membawa rempah, Jalannya miring dipukul ombak; Rindu kan janda sudah menikah, Badan meranting kepala botak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bila selasih sudah mernbusuk, Tak ada lagi yang kan menunggu; Bila kekasih sudah merajuk, Ke mana lagi melepaskan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila musang sudah merayau, Banyaklah ayam kan jadi korban; Apabila orang suka meracau, Akhlaknya karam keji kelakuan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana bunga kan jadi mekar, Kalaulah kumbang sudah menyeri; Bagaimana hamba memberi khabar, Kalaulah abang sudah beristeri.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belum diindang sudah ditanak, Manakan nasi dapat dimakan; Belum dipinang sudah diajak, Manakan kami mahu kan tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila selera sudah patah, Lauk terhidang makan tak mahu; Bila bersaudara salah-menyalah, Ditengok orang awak kan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau cempaka kurang berbunga, Tanda uratnya sudah membusuk; Kalaulah derhaka ke orang tua, Dunia akhirat kan kena kutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah pisang setandan lebat, Masaknya manis bukan kepalang; Sudah kupinang tiada dapat, Hendak menangis malu kan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas