Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Menggaru luka lama.

Bermaksud :

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Anak Cina main congkak, Main congkak tepi batu; Sudah lama saya tak nampak, Macam burung terbang aku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung nuri ekornya panjang, Hinggap mari rumah Cik Ali; Sudah lama hidup membujang, Hajat hendak beristeri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina membawa kereta, Hendak melawat ke luar negeri; Sudah lama aku bercinta, Jodoh tidak dapat ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kana kedai Cina, Satu taukeh dua Melayu; Saya berkehendak sudah lama, Hendak bercakap rasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil kain buangkan baju, Sebab baju cariknya lima; Ambil lain buangkan aku, Kerana aku sudah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berapa tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Lama sudah kami mencari, Baru ini masa mendapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas