Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Besar gelanggang tempat menyabung,
     Tanam buluh menjadi rebung;
Kalaulah sudah suka menolong,
     Tentu orang semua terkampung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jikalau di hulu airnya keruh,
     tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.

Bermaksud :

Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).

 

Lihat selanjutnya...(11)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Jaapar pergi ke Pilah, Waktu malam jalan bertongkat; Kecil besar apa dipilih, Sudah tentu buah seikat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah nangka dibuat gulai, Sudah tentu sedap dimakan; Sudah tua jahat perangai, Anak cucu menjadi korban.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belum tentu padinya awak, Sudah direntang tali jemuran; Belum tentu lakinya awak, Sudah dipandang cemburuan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Andainya sagu sudah diparut, Tentu berguna bekal berjalan; Andainya ilmu sudah dituntut, Baru berguna hila diamalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau mata sudah jernih, Tentu nyawa benda dilihat; Kalau cinta sudah berbenih, Beribu daya akan kubuat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang selasih sudah berpucuk, Tak lama lagi tentu berbunga; Orang kukasih sudah merajuk, Tak ada lagi tempat bercanda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila mencari buah nangka, Tentu ingat getahnya lekat; Apabila hati sudah terluka, Perlu diingat betahnya lambat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas