Sudahkah tuan betul nareka, Narekalah saya si baju merah; Kalaulah tuan sebetul suka, Ikut kami pulang ke rumah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Arab ke negeri China, Sampai ke China bertukar nama; Harap tuan saya terima, Sudahkah periksa keadaan bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |