Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.dah.lah] | سودهله

Definisi : cukuplah (dgn yg demikian itu), padalah: ~lah, jangan bertengkar-tengkar lagi! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.dah.lah] | سودهله

Definisi : cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sudahlah

Puisi
 

Sudahlah tahu lalang berbunga,
     Saja hari nak panjang juga;
Sudah tahu orang punya,
     Saja hati nak sayang juga.


Lihat selanjutnya...(34)

Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sudahlah tahu lalang berbunga, Saja hari nak panjang juga; Sudah tahu orang punya, Saja hati nak sayang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang pinang sudahlah patah, Tak lama lagi tentulah roboh; Orang kusayang sudah menikah, Ke mana lagi dagang berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman silam sudahlah lampau, Kita memandang ke masa depan; Siang dan malam berasa risau, Kakilah goyang kepala beruban.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang berada sudahlah pergi, Niat membawa sanak saudara; Orang muda berpatah hati, Surat cintanya ditolak semua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Fajar subuh sudahlah terbit, Tanda hari menjelang siang; Terbakar tubuh dadaku sakit, Adinda kini dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cabang kayu sudahlah runtuh, Ke mana lagi lebah bersarang; Orang kunanti sudah menjauh, Ke mana lagi kasih menumpang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sudahlah mulut ditampar raja, Dituduh pula mencuri puyuh; Sudahlah burut sebesar kelapa, Disuruh pula berlari jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123456

Kembali ke atas