Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok tombak kerana disepuh, Buruk sepuh buruk matanya; Elok anak kerana diasuh, Buruk pengasuh buruk sudahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Halia ini tanam-tanaman, Ke barat juga akan condongnya; Dunia ini pinjam-pinjaman, Akhirat juga akan sudahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jika dilurut padi yang ini, Ke barat juga condong buahnya; Jika diturut hatiku ini, Melarat juga akan sudahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |