Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata tua kata adat, Adat berisi pusaka zaman; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati suka berkawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tuan pergi ke Daik, Belikan saya sebilah parang; Kalau tuan hati yang baik, Semua orang suka berkawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau berjalan mata di atas, Banyak lubang menanti jatuhnya; Kalau berkawan suka memeras, Banyaklah orang jadi musuhnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berjalan mata ke atas, Sekali-sekali masuk ke lubang; Kalau berkawan suka berkeras, Sekali-sekali remuklah tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kaki terkena duri, Dibawa berjalan terasa nyilu; Apabila hati suka mengiri, Bila berkawan banyak seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |