Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.lam] | سولم

Definisi : jahitan pd kain (sbg bunga), suji, tekat: sapu tangan yg cantik dan banyak ~nya; ~ padu sj jahitan yg berselari dan rapat-rapat; bersulam bersuji atau bertekat dgn: bantal peluknya ~ dgn gambar rama-rama besar; bersulamkan bersulam dgn: bantal baldu ~ benang emas; menyulam menjahit sulam, menekat, me­nyuji: Aini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang; sulam-menyulam pekerjaan menyulam; sulaman hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang ~ isterinya; penyulaman perihal menyulam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lam] | سولم

Definisi : ; menyulam 1. mengganti tanaman yg mati dgn yg baru, menyilih: benih yg baru ditabur terpaksa ditengok selalu, yg tidak tumbuh disulam lagi; 2. ki menyelangi atau mencelahi sesuatu (perbuatan, percakapan, dll) dgn yg lain, menyelitkan sesuatu dgn yg lain (biasanya utk mengindahkan, menyeronokkan, dll): dia begitu pandai ~ ceritanya dgn hal yg lucu-lucu; menyulami ki menyelang dgn, menyelingi: guru ~ percakapannya dgn memberikan kerja yg mudah; cerita-cerita ini memberi peluang utk disulami dgn tarian; sulaman ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat me­muaskan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.lam] | سولم

Definisi : jahitan utk perhiasan pd kain; tekat; suji. bersulam ada sulamnya atau ada sujinya; memakai sulam: Kainnya ~ benang emas. menyulam menjahit sulam; menekat; menyuji: Cantik benar kain alas meja ini, siapa yg ~nya? sulaman hasil drpd menyulam: ~nya cantik lagi kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.lam] | سولم

Definisi : ; menyulam 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menye­lang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulam

Puisi
 

Kain baldu bersulam tangan,
     Sulam sutera cara lama;
Hati rindu banyak kenangan,
     Ingatkan cerita zaman lama.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Benang sulam berwarna-warni Dicari orang ke mana-mana; Siang malam hamba menanti, Kunanti abang tak tiba juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok kain kerana bersulam, Sulam dan tekat anak Melayu; Elok pemimpin kerana berfaham, Fahamkan adat serta berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sukalah hati berkain baru, Benang sulam tapak selerang; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tidak berlekang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang kuala pergi ke Daik, Untuk mencari benang sulam; Abangmu gila menanti adik, Mabuk berahi siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas