Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jahitan pd kain (sbg bunga), suji, tekat: sapu tangan yg cantik dan banyak ~nya; ~ padu sj jahitan yg berselari dan rapat-rapat; bersulam bersuji atau bertekat dgn: bantal peluknya ~ dgn gambar rama-rama besar; bersulamkan bersulam dgn: bantal baldu ~ benang emas; menyulam menjahit sulam, menekat, me­nyuji: Aini sedang ~ kain alas meja ketika sahabatnya datang; sulam-menyulam pekerjaan menyulam; sulaman hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang ~ isterinya; penyulaman perihal menyulam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jahitan utk perhiasan pd kain; tekat; suji. bersulam ada sulamnya atau ada sujinya; memakai sulam: Kainnya ~ benang emas. menyulam menjahit sulam; menekat; menyuji: Cantik benar kain alas meja ini, siapa yg ~nya? sulaman hasil drpd menyulam: ~nya cantik lagi kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulam I

Puisi
 

Kain baldu bersulam tangan,
     Sulam sutera cara lama;
Hati rindu banyak kenangan,
     Ingatkan cerita zaman lama.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Benang sulam berwarna-warni Dicari orang ke mana-mana; Siang malam hamba menanti, Kunanti abang tak tiba juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok kain kerana bersulam, Sulam dan tekat anak Melayu; Elok pemimpin kerana berfaham, Fahamkan adat serta berilmu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sukalah hati berkain baru, Benang sulam tapak selerang; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tidak berlekang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang kuala pergi ke Daik, Untuk mencari benang sulam; Abangmu gila menanti adik, Mabuk berahi siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas