Sultan ditabal masuk beradu, Dipersembah dengan kain lepas; Jangan diturut hati rindu, Dalam genggaman lagi terlepas. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Raja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tatkala parang sultan raja, Kapal pecah laut baik; Sungguh emas angkat cahaya, Letak di batu nampak tak baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Seri Johor nama negeri, Sultan Ismail raja yang mulia; Alangkah terangnya matahari, Bulan juga membawa cahaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Johor Bahru ibu negeri, Sultan Mahmud raja mulia; Berapapun cerah matahari, Bulan juga membawa cahaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Raja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Si Upik Siti Rasani, Dua jo Sultan Nasaruddin; Usah diumpat dagang kini, Orang Tiajaran kan nan lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tudung saji berkain sutera, Dibawa untuk hidangan sultan; Hidupku ini makin sengsara, Kerana terbujuk rayuan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |