Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
suluh
Bersinonim dengan obor, jamung, suar, sigi, folok, karak, karuk, manjung, pedamaran, dila, lakai-lakai;,
Kata Terbitan : menyuluhi, penyuluhan, penyuluh,

Puisi
 

Kalau tidak teras bintang,
     Suluh menyuluh luar perahu;
Kalau hendak sendiri datang,
     Suruh menyuruh kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Siar bakar berpuntung suluh.

Bermaksud :

Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Kita tidak mencari suluh, Suluh dipasang pantang diserakkan; Kita tidak mencari musuh, Musuh datang pantang dielakkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kita tidak mencari suluh, Suluh datang diberi api; Kita tidak mencari musuh, Musuh datang kita menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh buntung si kaki pendek, Tempat menaruh buah pedada; Sungguh beruntung berlaki pendek, Dapat menyorok di celah dada.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Suluh menyuluh di Teluk Emas, Panas sejuk angin utara; Ribut taufan baik berkemas, Antara belum jadi sengsara.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pakailah suluh di dalam kota, Pakai berjalan di dalam asap; Pandailah sungguh orang buta, Pandai berjalan di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalaulah cukup suluh pelita, Malam gelap menjadi terang; Kalau hidup sungguh bekerja, Dalam penat hati kan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah cukup suluh pelita, Apa gunanya menanti kandil; Kalau hidup sungguh bekerja, Pada masanya pasti berhasil.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awas-awas memilih suluh, Salah pilih tiada berapi; Awas-awas memilih jodoh, Salah pilih payah diganti.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas