| Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Anak itik jangan direjam, Kalau direjam lemaslah dia; Keris pedang tiada tajam, Tajamlah lagi mulut manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Bila berpaut di pohon ara, Mawar luruh buat perisa; Bila laut mula bersuara, Gempar seluruh umat manusia. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |