Patuh Melayu kepada amanah, Amanah dijaga hidup dan mati; Senonoh laku terpelihara sumpah, Sumpah bertakhta di dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hendak sepah diberi sepah, Tapi jangan ditukar-tukar; Hendak sumpah kuberi sumpah, Tapi jangan dilanggar-langgar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang berzina, Berbuat zina dosanya besar; Jahatlah laku membuang sumpah, Khianat ke sumpah tuahnya pudar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu kepada sumpah, Bila ingkar dimakan kutuk; Adat berguru pantang menyerah, Bila terlantar jangan mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Adat Melayu memegang janji, Memegang sumpah mati pun mahu; Sifat Melayu pantang mengeji, Pantang memfitnah memberi malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat menepati janji, Ikrar dan sumpah dipeluk erat; Membuang adat mematikan budi, Tercemarlah nama dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila sepah tidak dibuang, Lalat datang semut merutung; Apabila sumpah tidak dipegang, Dilaknat orang perut pun kembung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |