Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.nah] | سنة

Definisi : Ar peraturan atau adat yg berdasarkan perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW yg digalakkan amalannya; Ahli S~ Waljamaah golongan yg berpegang teguh pd perbuatan dan perkataan Nabi Muhammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.nah] | سنة

Definisi : peraturan (dlm agama Islam) yg berdasarkan perbuatan atau perkataan Nabi Muhammad SAW. ahli ~ wal­jamaah golongan yg berpegang teguh kpd al-Quran, hadis, ijmak dan qias sbg landasan agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sunah


Pantun

PantunSumberTema
Patuh Melayu kepada sunah, Sunah nabi pembawa rahmat; Senonoh laku sempurna lidah, Hidup mati pahalanya dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Syarak bersendi ke kitabullah, Ditudung payung sunah nabi; Dianjak sekali tentu menyalah, Binasa kampung rosaklah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata bersendi, Sendinya Quran berserta sunah; Hina bangsa kerana keji, Keji berkawan gila memerintah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Adat pantang menyalahi sunah; Tanda umat berbudi akhlak, Taat memegang kata nasihat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata seadat kata berpangkal, Berpangkal pada Quran dan sunah; Kita seadat sama seasal, Asal tanah pulang ke tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas