Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sungai Lajim Kampung Patinggan, Sebelah darat Jalan Merpati; Hasil kampung diberi sokongan, Sumber pendapatan rakyat sejati.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Sungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sungai Katong sungainya biru, Tempat Mak Kuntum berulang mandi; Tanah duduk tinggallah dulu, Ada untung baliklah kami.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sungai Kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungai Singapura tanah malia, Daun mekar dilayang angin; Pura-pura melihat saya, Ekor mata pandai bermain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456789

Kembali ke atas