Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguhpun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun.,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Sayang selasih samaselasih, Kalau tinggi ambil galah; Sungguhpun jadi bertemu kasih, Jodoh pertemuan di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Sungguhpun pandai tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sungguh kuat terbang tekukur, Sayup bunyi mendayu-dayu; Sungguhpun tajam pisau cukur, Tapi tak boleh dipotong kayu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ada satu anak orang, Hari-hari main perahu; Sungguhpun jalak ayam sabungan, Kokok jalak serba tahu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sungguh minyak menerangkan pelita, Hendaklah jua panjang sumbunya; Sungguhpun banyak sahabatnya kita, Hilang satu pilu rasanya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak beruk sebesar lengan, Mari dibungkus tudung kain; Sungguhpun buruk hatiku berkenan, Tidak boleh ditukar lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asah-asah tajam kalam, Mari ditulis di kertas Cina; Sungguhpun tetak patah di dalam, Syarat ubat carinya kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas