Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana hari tidakkan kelam, Hujan turun sehari suntuk; Bagaimana kami tidakkan geram, Puan berjalan pinggul meliuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang berpuasa tentulah letih, Menahan lapar sehari suntuk; Orang berkuasa tentu berlebih, Makannya besar rezeki menompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini lagu bertambah, Orang menari sehari suntuk; Bukannya kami mahu berubah, Abang sendiri pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dari seberang, Bawa belayar sebulan suntuk; Hidup mati janji dipegang, Siapa ingkar dimakan kutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama mati terendam, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah lama kasih kupendam, Adik berjalan pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Padang pasir amatlah luas, Jauh memandang tiada suntuk; Orang pandir sifat pemalas, Perut kenyang lupa periuk, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Basah kuyup orang di pasar, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah cukup abang bersabar, Mengapa puan masih merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah cukup membawa beras, Hendak berlauk carilah ikan; Kalau hidup bekerja keras, Tidakkan suntuk mencari makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |