Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suratan

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung lekung berbunyi malam, Bunyi di atas bumbung penghulu; Allah belum menjadikan alam, Suratan kita dah terjadi dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas