Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rut] | سوروت

Definisi : 1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, me­ngurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rut] | سوروت

Definisi : 1 turun semula parasnya sesudah pasang atau sesudah bah (bkn air): Apabila air telah ~, mangsa-mangsa banjir pun pulang ke rumah masing-masing. 2 balik ke belakang; undur; mundur: Kalau sudah melangkah, berpantang ~. 3 menjadi semakin kurang (bkn ke­marahan dll); reda; susut: Penyakitnya sudah mula ~. menyurutkan 1 me­nye­­­babkan menjadi surut (bkn air dsb); mengurangkan; menyusutkan. 2 menjadikan berkurang (bkn api, kemarahan dll); meredakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surut (kata kerja)
1. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, susut, menurun, merosot,
Berantonim dengan memuncak

2. Bersinonim dengan mundur: undur, berpatah balik,
Berantonim dengan mara

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan susut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyuruti, menyurutkan,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(18)

200

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, takkan pasang selalu, di mana surut senantiasa . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Air surut sampah tersekat, Pasang besar baru belayar; Hati kusut badan pun penat, Kurang sabar tentu bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang surut sampan terkandas, Susahlah hati hendak berdagang; Kupandang laut semakin luas, Payahlah kami hendak menyeberang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang surut airnya dengkat, Arusnya ada jejak ke pantai; Orang patut berfikir cermat, Memutus perkara taklah lalai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut bawa menjala, Bila pasang kembali ke darat;, Orang patut wibawanya ada, Siapa memandang hati terpikat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut mencari lokan, Ketika itu tak ada airnya; Orang patut menjadi teladan, Kerana tahu membawa dirinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pasang surut sampan menepi, Supaya mudah mencampak sauh; Orang patut tahukan diri, Muka peramah tegak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas