Dewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Banyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tuan merendam jagung, Saya merendam si buah padi; Jika tuan pulang ke kampung, Saya tinggal susah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di mana didikku tadi, Padi tumpah bawah tangga; Di mana dia adikku tadi, Hati susah kerana dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak nipah susun nipah, Orang Palembang menjual kayu; Duduk susah berdiri susah, Di dalam hati siapa dirindu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana padi tidakkan basah, Pagi petang dilimbur pasang; Bagaimana hati tidakkan susah, Sudah bertahun kekasih hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |