| Batik Jawa kalungan puteri, Seribu Seribu benang kain Semarang; Jika tuan memencil diri, Susah senang diri seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Adat resam kata orang, Jenguk menjenguk senang dan susah; Adat faham lembaga terang, Berkira duduk berbilang langkah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Duka resah usah dikenang, Kemboja puspa harum kenanga; Ketika susah ketika senang, Kita lupa akan rahmat-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Tidak memilih memilah-milah, Menimbang sama kanan dan kiri; Sama kasih senang dan susah, Kurang menambah lebih memberi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Kitang terkenal gua pertapa, Sungai Kuap airnya tenang; Kita umat selalu lupa, Ketika susah ketika senang. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Ada untungnya turun ke bukit' Walau Ielah banyak dipandang; Ada untungnya berperut buncit, Walau susah nampaknya senang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Adat Melayu adil menimbang, Tidak memilih memilah-milah; Sifat Melayu tahu menenggang, Sama kasih senang dan susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Adat sebanjar ajar-mengajar, Adat seladang kenang-mengenang; Adat mengajar pada yang benar, Adat mengenang susah dan senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |