Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susahlah


Pantun

PantunSumberTema
Susahlah hati makan berebus Walaupun kenyang tidaklah lazat; Susahlah hati berbadan kurus, Walaupun senang nampak melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak merpati Nampaknya kuda meminum darah· Susahlah hatinya hendak berlaki, Awaklah janda sebelum nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak pepuyu, Kepala nyeri perasaan takut; Susahlah hati hendak merayu, Ke mana pergi emaknya ikut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak bayan, Duduk lemas berdiri hoyong; Susahlah hati hendak makan, Lauk keras gigilah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati menumbuk emping, Dedaknya miang banyak berantah; Susahlah hati duduk bersanding, Anaknya dipinang emak yang nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak jelatik, Di mana tegak tercabut bulu; Susahlah hati hendak berbisik, Telinga pekak mulut pun bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak tenggiri, Tekak sakit mata pun sayu; Susahlah hati hendak berbini Ketiak hangit dada berbulu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak siamang, Sakit dada makan tak sedap; Susahlah hati hendak meminang, Duit tak ada badan berkurap.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pasang surut sampan terkandas, Susahlah hati hendak berdagang; Kupandang laut semakin luas, Payahlah kami hendak menyeberang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas