Kalau tuan memerah susu, Susu ditaruh di dalam talam; Saya tidak lupa ibu, Ibu menjaga siang dan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Yang susu dibalas kopi, Air tuba dibalas racun; Sedang merayu terlepas gigi, Hati kecewa selera turun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Masak susu linggang-linggang, Putik belimbing diketu-ketu; Tutup pintu renggang-renggang, Petik dinding terbukalah pintu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Minum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Petang-petang alah peraga, Masak susu linggang-linggang; Petang-petang abang ada, Katup pintu renggang-renggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
yang disebut baju menyalah, Ketiak nampak susu terjulur; Orang tak takut berbuat salah, Merosak akhlak tak mahu jujur | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cik Siti orang di pekan, Pecah periuk memasak susu; Sayang sungguh burung di hutan, Sayang denak tiada mengaku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |