Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.te.ra] | سوترا

Definisi : 1 = benang ~ benang lembut lagi halus yg diperoleh dr sj ulat. 2 kain yg dibuat drpd benang sutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sutera

Puisi
 

Sutera ini sutera gulungan,
     Sutera perajut kaca;
Suratku ini surat kiriman,
     Dendam rindu boleh dibaca.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara menenun kain, Kain ditenun benang sutera; Hati tidak pada yang lain, Tuan seorang hati tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas