Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syai.tan]/[syai.tan] | شيطان

Definisi : sj makhluk halus yg jahat (meng­galakkan orang membuat kejahatan dsb); kesyaitanan spt syaitan: ia bersifat meng­hina manusia yg korup dan bersifat ~; ®setan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syai.tan]/[syai.tan] | شيطان

Definisi : setan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
syaitan
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :hantu

Puisi
 

Padi pulut di tepi hutan,
     Dimakan kera dengan babi;
Hati perut diganggu syaitan,
     Satu kerja pun tak menjadi.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri.Pantun Melayu SarawakBudaya
Belian kayu hutan, Kayu paling tahan; Syaitan perosak iman, Musnah kehidupan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Surung-surung papan, Papan rumah tuan; Kerana ikut syaitan, Tiada masa depan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa benda di tepi hutan, Entah hantu entah syaitan; Tak biasa ribut serta taufan, Jangan berani belayar lautan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati,Pantun Melayu SarawakBudaya
Tidak pakai tukang, Belian kayu hutan; Hidup lintang pukang, Syaitan perosak iman.Pantun Melayu SarawakBudaya
Jika Merpati singgah ke Jordan, Kemas0kemas pukul satu; Jika hati dirasuk syaitan, Emas pukal disangka batu.Pantun Melayu SarawakNasihat
Titi-titi jati, Surung-surung papan; Hati jadi mati, Kerana ikut syaitan.Pantun Melayu SarawakBudaya
Ya Allah malikul rahman, Anakku ini berilah beriman; Amal ibadah minta kuatkan, Syaitan iblis minta jauhkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas