Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.raÖ] | شرع

Definisi : Ar hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam: pakaian yg bersih dan suci sebagaimana yg dikehendaki ~; berbuatlah ia suatu pekerjaan yg tidak patut pd ~ dan pd adat iaitu bermain muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.raÖ] | شرع

Definisi : hukum yg bersandarkan ajaran agama Islam; hukum Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syarak

Peribahasa

Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.

Bermaksud :

Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Tanda adat bersendi syarak, Syarak menyebut adat memakai; Tanda umat berbudi akhlak, Akhlak patut dilihat ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Patuh Melayu kepada syarak, Syarak berisi Quran dan sunah; Senonoh laku takahnya nampak, Duduk berdiri dirahmati Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu bersendi syarak, Syarak bersendi ke kitabullah; Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak sekali tentu menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang dianjak, Dianjak layu diumbut mati; Kuat Melayu memegang syarak, Syarak berhulu ke sunah nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apalah tanda belat kita, Belat kita berdiri tegak, Tegak berdiri sebelah-menyebelah; Apalah tanda adat kita, Adat kita bersendi syarak, Syarak bersendi Kitabullah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Syarak bersendi ke kitabullah, Ditudung payung sunah nabi; Dianjak sekali tentu menyalah, Binasa kampung rosaklah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Quran dan sunah tempat bersandar; Tanda umat berbudi akhlak, Berjalan pada tempat yang benar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda adat bersendi syarak, Meminta kaji pada yang alim; Tanda umat berbudi akhlak, Pantang sekali berlaku zalim.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas