Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syukur

Puisi
 

Dua kali jagung berbuah,
     Melilit mari batang padi;
Tidak kutakut terkena marah,
     Syukur kudapat si jantung hati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

215

When all fruit fails, welcome haws

Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki.

Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham

During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws.

Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Sayur bukan sebarang sayur, Sayur lazat diberi Iada. Syukur bukan sebarang syukur, Syukur mendapat bini muda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sayur jangan dibiarkan lisut, Sayur lisut hilang perisanya; Syukur jangan sekadar di mulut, Syukur di mulut hilang pahalanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Cepatlah kukur kelapa sebelah, Kerana pengat sudah menanti; Ingatlah syukur kepada Allah, Kerana nikmatnya tiada berhenti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang Encik Ahmad menikam Rahmat, Kembang melur kuntum melati; Minta alamat syukur selamat, Di dalam telur lagi nanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga dikarang bunga sena, Kukur kelapa buat laksa; Doa rakyat telah terlaksana, Syukur kepada yang maha kuasa.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi.Pantun Melayu SarawakAgama
Dua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berangan digulai nyiur dikukur, Ambil pandan di Munggu Kubur; Jangan diikut perangai tak syukur, Akhirnya nanti jadi takbur.Pantun Melayu SarawakAgama
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12

Kembali ke atas