Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syur.ga] | شرݢ

Definisi : = ~ jannah = ~ jannat alam akhirat (tempat roh manusia yg baik-baik dan banyak membuat pahala ketika di dunia), tempat balasan pahala dan tempat mengecap nikmat Tuhan yg kekal; ~ dunia segala rupa kenikmatan (kesenangan, kebahagiaan) di dunia; kesyurgaan segala yg berkaitan dgn syurga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syur.ga] | شرݢ

Definisi : alam akhirat tempat roh manusia merasai nikmat kerana keimanannya (kebaikannya) di dunia. ~ dunia segala kenikmatan, kebahagian keseronokan dsb di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syurga

Puisi
 

Ada rasa berisi pandan,
     Hendak menganyam tikar sembahyang;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Di situlah tempat berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(30)

Pantun

PantunSumberTema
Di mana letak jelaga, Jelaga terletak pada sumbu; Di mana letak syurga, Syurga di telapak kaki ibu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Patuh Melayu kepada ibu, Syurga ada di bawah kakinya; Senonoh laku tanda berilmu, Bahagia hidup hingga ke matinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Ada rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas