Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1. sentiasa menurut perintah (Tuhan dll), tidak mengingkari (perintah dll), patuh: Pesuruh Allah menyeru manusia supaya mengenal Allah dan ~ kpd Allah; 2. kuat beribadat, soleh: isteriku ialah wanita yg ~ mengerjakan suruhan agama Islam;mentaati berlaku taat kpd, patuh kpd sese­orang atau sesuatu, tidak membantah akan, menurut (perintah, peraturan, dll): mereka akan ~ setiap keputusan Bangsa-Bangsa Bersatu utk menyelesaikan masalah Malaysia; ketaatan 1. perihal taat, kepatuhan, kese­tiaan: mereka sibuk dgn ~ masing-masing kpd raja mereka; 2. kesungguhan hati ter­hadap agama, kesolehan;ketidaktaatan keadaan tidak taat: oleh sebab kesalahan manusia dan ~nya, cahaya wahyu pertama yg cemerlang itu menjadi kabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.Öat]/[ta.Öat] | طاعة

Definisi : 1 sentiasa menurut perintah atau menurut suruhan; tidak mengingkari; patuh: Rakyat hendaklah ~ kpd peme­rintah. 2 = ~ setia tidak berlaku curang; jujur dan setia: Aku bertuah mendapat isteri yg ~ sptmu. mentaati tidak membantah akan perintah dll; mematuhi: Tiap-tiap orang Islam wajib ~ rukun Islam yg lima. ketaatan sifat atau keadaan taat; kepatuhan; kesetiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taat (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan setia, patuh, akur, takwa, tawaduk, taslim, salih, pasrah, tunduk, tunak, patih;,
Kata Terbitan : mentaati, ketaatan,


Pantun

PantunSumberTema
Taat umat memegang adat, Di mana duduk akhlak senonoh; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak bermusuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Ke mana duduk tidak terbuang; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak dikutuk orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidak menyalah; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak merosak tuah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidak terlantar; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak terbakar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi dipuji orang; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya tidak dibenci orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Ke mana pergi tidakkan malu; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hati tidak berbulu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat memegang adat, Di mana hidup tidak tercela; Sifat jahat dibuang cepat, Supaya hidup tidak merana.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Hidup selalu menjaga amal; Kuat adat mulia maruah, Hidup bermalu sempurna akal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Tentulah ingat hidup kan mati; Kuat adat mulia maruah, Di situlah tempat kita berdiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat umat kepada Allah, Loba dan tamak ia jauhkan; Kuat adat mulia maruah, Di mana tegak ia teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123456

Kembali ke atas