Taat umat kepada Allah, Hidup selalu menjaga amal; Kuat adat mulia maruah, Hidup bermalu sempurna akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Tentulah ingat hidup kan mati; Kuat adat mulia maruah, Di situlah tempat kita berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Loba dan tamak ia jauhkan; Kuat adat mulia maruah, Di mana tegak ia teladan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Hidup terpuji dunia akhirat; Kuat adat mulia maruah, Hidup mati membawa manfaat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Berbuat ibadah bersungguh hati; Kuat adat mulia maruah, Sifat semenggah senonoh budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Iman kukuh takwanya nampak; Kuat adat mulia maruah, Sifat semenggah senonoh budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |