Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tabir (kata nama)
Bersinonim dengan tirai, langsir, penutup jendela, skrin, adang, bidai, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeram, sekesel, kerai, belat, gorden, korden, layar, layar sebeng, pendinding, langsai, kelir;,
Kata Terbitan : bertabir, menabiri,

Puisi
 

Tabir-tabir kayu dilintang,
     Katak makan si daun ubi;
Perlahan-lahan apa dirunding,
     Syukur mendapat orang berbudi.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Apa dirunding perlahan-lahan, Syukur mendapat orang berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tabir-tabir kayu dilintang, Katak makan si daun ubi; Perlahan-lahan apa dirunding, Syukur mendapat orang berbudi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tembuk tabir bawakan benang, Tembuk dinding bawakan damar; Terumbuk fikir bawa bertenang, Tertumbuk runding bawa bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya tidak memandang bulan, Mari selindung sebalik tabir; Saya tidak memandang tuan, Hati beramuk bagai nak hancur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Encik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas