Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiada tahu menari,
     dikatakan lantai jungkang-jungkit.

Bermaksud :

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buruk muka cermin dibelah, b. Tak tahu menganyam, pandan disalahkan).

 

Lihat selanjutnya...(9)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Sapu bukan sebarang sapu, Sapu lidi banyak gunanya; Tahu bukan sebarang tahu, Tahu diri nampak tuahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sapu lidi penyapu laman, Sapu diikat dengan tali; Tahu diri tahu pedoman, Tahu mengingat jalan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kilau-kilauan perah tambang, Pasang bendera di atas bumbung; Kalau tahu diri menumpang, Bumi dipijak langit dijunjung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dalam perahu ajat kepayang, Dibuat gulai sedap dimakan; Bukan tak tahu diri menumpang, Tidur sebantak dengan tuan.Pantun Melayu SarawakKasih
Buluh direndam belum dikering, Baru tumbuh jangan ditebang; Peluk tubuh terasa asing, Baru tahu diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kera masuk ke negeri, Ramailah budak jadi menangis; Awak dah tua tak tahu diri, Memakai bedak berlapis-lapis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kera masuk ke negeri, Duduk di tangga rumah lubalang; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan mabuk kepayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Turun-temurun disebut orang, Dari dahulu hinggalah kini; Hidup rukun hingga sekarang, Intinya malu dan tahu diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas